Trip to Genting

Genting destinasi yang sesuai dijadikan pilihan kalau nak escape sekejap from stress and buzy life...Day trip ni disertai oleh Saya+Keron+Azreen+Debby..walaupun ramai GBS tak dpt join tapi enjoy tetap enjoy. Plan asal nak naik bus saja kesana. Saya+Azreen+Deb bertolak dari bukit jelutong pepagi buta. Keron sudah tunggu di Putra. Sesampai di Putra tersangat ramai org bus pun tinggal yang lewat. Driver teksi mula la mengambil kesempatan time2 mcm ni..punya la mahal dia nk cas. So keputusan nye kami naik ke atas dengan Baby Gen saja..lagi menjimatkan..Park saja di cable car, beli tiket dan terus saja menghayati keseronokan naik cable car...SIMPLE....

Teruja bila sampai diatas..sampai tak sedar banyak sungguh pixx di snap..smua escalator di ambil gambar....
Sesampai di Taman Tema tanpa buang masa terus saja beli tiket dan masuk.....
Tapi sayang la time kami pergi banyak game yg under construction, rugi betul la, rasa tak puas sangat. Mungkin suruh kami datang lagi kot..

Jarum jam dah tunjuk ke no 4 dan 12 so terpaksa la kami bergerak pulang. Naik cable car time ni mmg sgt2 cun la..kabus sgt tebal dan sejuk. So sesapa yg terasa stress sila la kesini ye...

Genting Highland
Nov, 2009
Roza, Keron, Azreen, Deb

Trip To Taiping & Ipoh

Siapa kata melancong ke kawasan yg masih mengekalkan sejarah dan warisan membosangkan.? Untuk mengubah pandangan anda itu, anda harus masukkan Taiping, Perak dalam vacation list anda.. KENAPA????


SEBABNYA ADALAH:
  • Bandar Taiping yang bermula sebagai sebuah pekan kecil bijih timah hingga menjadi ibu negeri pertama Perak. Sekarang ia masih tetap unggul dengan ciri-ciri sejarahnya sehingga dikenali sebagai Bandar Warisan.
  • Menjimatkan-perbelanjaan yg murah (hotel, makan, shoping)
  • Banyak tempat yang boleh anda teroka, antaranya:
  1. Melawat bangunan warisan yg mengunakan senibina utilitarian, neo-classical, moden, etc
  2. Menghirup udara segar Bukit Larut @ Maxwell Hill iaitu kawasan rehat pergununagan yg tertua di Malaysia.
  3. Melawat Hutan Paya Bakau yg sgt kaya dgn flora&fauna..nyaman
  4. Melawat muzium Perak...muzium tertua..
  5. WAJIB DILAWATI@ bergambar Taiping Lake Garden...view yg sgt2 cantik...
  6. Rasai pengalaman Night Safari...
  7. Yang Paling penting jgn lepaskan peluang merasai kesedapan ketow doli...
  8. Banyak lagi tempat menarik War Cemetery, Kota Ngah Ibrahim, Pusat Kraf Penjara, Mee Udang etc Perjalanan kali ini disertai oleh my classmate semasa kami di Sem 1...tapi Taiping telah menbina satu ikatan antara kami...Disebabkan Taiping kami lebih mengenaliantara satu sama lain..dan kini kami semua bagaikan satu keluarga sehingga tertubuhnya GBS group....TQ TAIPING....Rasai lah sendiri kedamaian di Bandar Taiping

Sekitar Taiping

Taiping Lake Garden
Perjalanan diteruskan ke Ipoh...Sempat kami teroka Gunung Lang yang tasek nya begitu damai dan meredah Gua Tempurung walaupun hanya di tahap satu oleh kerana masa tidak mengizinkan...trip kali ni mmg sgt happening ditambah pula dengan telatah si cilik akeef sehingga dia telah mendapat ibu dan bapa extra...
Menerokai Gua Tempurung.....

Bergembira di Gunung Lang......


Trip to Redang

First island trip with Kaki Jalan Club...

Perjalanan dimulakan dengan berkumpul di Subang Airport...(note: utk travel with firefly check in counter will be close 30mnt before departure)....

Setelah tiba di Terangganu Airport, Mira & Mirul dtg menjemput utk ke jeti...TQ for them...ditambah pula dengan belanja breakfast lagi...

Perasaan dah sgt xcited utk tiba di Redang island tp kejadian yg tak disangka2 berlaku...setelah bertukar feri di tanah besar, boat yg kami naiki ada masalah..tali boat dah terlekat dekat kipas..puas abg2 tu turun menyelam tapi tidak berhasil...berjam2 kami tersangkut tengah2 laut tu....macam2 aksi/pose diambik utk hilang bosan...


(tip: kalau nk ke redang better ambik boat laju d jeti merang terus. it will took only 45mnt to reach redang..kalau naik dr jeti KT harus tukar boat byk kali...sangat seksa)









Alhamdulilah...ada jugak boat lain yg dtg utk ambil kami..tapi itu adalah hotel lain punya boat so kami menumpang saja...dia boleh turunkan kami area hotel dia saja...nak tak nk terpaksa la kami berjln...jauh nyeee...sbb hotel kami paling hujung...seksa/panas/lapar smua ada...

Finally, kami tiba juga di Redang Reef Resort..masa
sampai kami tgk dah ramai org berhimpun di luar utk pergi snorkling....malas nk ambik port sbb dah terlalu penat...terus masuk ke cafe..tapi...adegan debat parlimen telah bermula antara kami dan toke chelet tu...gilo punya apek sudah la salah dia tak sediakan boat lagi mau marah kami lambat..tak kan kami nak berenang tengah lautan tu kot...dia tak bg kami snorkling sbb dah lambat..gilo rugi la duit kami..lepas bertekak akhirnya kami di beri masa tak sampai 20mnt kot utk bersiap...adus nasib...mengharapkan percutian
yg happening tp lain pulak jadi nya...

Tapi setelah naik boat utk snorkling mmg hilang semua perasaan marah/geram...yang ada hanya teruja dan kamu melihat keindahan ciptaan Nya...sungguh indah....tak terucap..




Second day, semua dah ok...so percutian dah menjadi happening....


Last day sangat sedih sebab dah kembali ke normal life...sudah packing barang2 utk tinggalkan keindahan Pulau Redang...balik kami menggunakan speed boat yg memerlukan hanya 45 utk sampai jeti Merang...

Memandangkan flight kami malam sempat la kami berpusing di KT dulu...teroka Taman Tamadun Islam..dan pekena nasi dagang ...

lama sudah!!!

lama sudah aku tinggalkan blog ni...kalau umah tu org ckp jin pun dah bertandang...tp apa nk buat aku tinggalkan sbb desakan hidup..dek kerana timbul mcm2 konflik aku pun menjadi malas..tapi kali ini aku dah terasa mcm nk bukak balik after dpt comment from my beloved frenz..."syg u tak buat blog sedangkan u selalu try new thing like restaurant/tmpt mkn dan pergi berjalan..at least u can share something with others"...my dear frenz that true but what for if i tulis pepanjang pun tak tp akan menyakitkan hati org atau tak de pun org nk mik port..dillema.....but i will try my best to update this blog coz byk tmpt have to go after this

the truth

walaupun banyak bait-bait kata yg hendak dikarang, jari-jemari meminta untuk menari, otak berkira-kira utk menyusun kata tp semua itu lebih baik dipendamkan saja dari diluahkan kerana mengetahui hakikat dan kebenaran nya yang satu dalam hidup insan x tidak diundang langsung sebagai seseorg dalam hidup org lain walaupun hanya sekadar sahabat..lebih baik menyendiri dari menjadi bahan yang tidak menyenangkan hidup org lain..terseksa melihat kepuraan mereka berjuang untuk menerima seorg insan x sebagai sahabat di dalam hidup mereka walaupun mereka tidak mengakui nya..hidup dalam terpaksa adalah menyakitkan...

salam...

perasaan ku...

BIBIR,,,
bibir berkata fungsi aku untuk berbicara,
fungsi aku untuk bergelak ketawa,
fungsi aku jugak untuk berkongsi kata dengan sesiapa yang mahu mendengar,
bibir juga berkata gunakan aku semasa berduka,
namun pada aku fungsi bibirku hanya satu untuk diam tidak bersuara,
maafkan aku bibir kerna tidak dapat mengunakan fungsi mu sebaik nya,
kerna aku tidak ada teman berbicara,,,,

MATA,,,,
mata melihat lakonan yang dipertontonkan didepan mata,
mata juga menjadi saksi kepada semua lakonan mereka,
namun mata tidak dapat berbicara hanya dapat diluahkan 
dengan hujanan air mata yang tak terkira,,,

TELINGA,,,
aku mempunyai telinga yang masih baik keadaan nya,
namun mengapa dia diam tidak menjalankan fungsinya,
iaitu mendengar bait2 bicara dari teman2 yang ada??
terasa sepi walaupun ada,
adakah aku layak untuk merasainya,,,

HATI,,,,
hati sering berkata terlalu banyak kekecewaan yang dialami,
terlalu banyak kesakitan yang dirasai,
terasa kosong tanpa dapat diisi walaupun telah dicuba berkali2,
namun semua itu hati terpaksa telan,
hati terpaksa terima,
kerna itu sajalah yang mampu hati lakukan untuk tidak menyakiti hati2 yang lain,,

BADAN,,,
badan sering memberi isyarat terlalu lemah dengan semua dugaan ini,
badan juga selalu memprotes dengan situasi ini dengan berasa
 lemah dan sakit,
namun badan juga seperti hati terpaksa menerima semua itu,
walau  badan tahu akan memakan diri sendiri suatu hari na
nti,,,

JARI,,,,
jari aku memohon maaf padamu kerna kau terpaksa bekerja keras untuk ku,
setiap hari kau menjadi penemanku,
kau yang memberi isyarat 'jangan' pada bibrku setiap kali aku ingin berbicara,
kau yang mengesat air mata ku setiap kali air hangat itu mengalir ke pipi ku,
kau yang menutup telinga aku setiap kali aku mendengar mereka berbicara kerna kau tahu "dirimu" tidak akan diundang dalam perbicaraan itu dan telinga lain tidak ingin mendengar bicara dari bibirmu,
kau yang menadah tangan memohon doa agar hati tenteram dan damai walaupun kesunyian begitu terasa,
kau juga mengubatiku sekiranya badan begitu lemah untuk bergerak,
dan kau juga yang berusaha untuk aku meluahkan apa yang ter
asa dengan mencoretkan nye di sini,
kau memahami semua ini tidak akan terucap oleh bibir yang sempurna itu walau mereka di depan mata..

"TIDAK LAYAK KAH AKU UNTUK MEMPERGUNAKAN PANCAINDERA YANG DIBERIKAN INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. WAHAI BIBIR2, MATA2 TELINGA2, BADAN2 DAN HATI2 SEKALIAN BERILAH AKU PELUANG UNTUK MERASAI NIKMAT SEMUA INI."

the true,
-lonely-









geng pengembaraan- upin ipin



movie time... even dah lama happy moment ni berlalu tetapi aku ttp nk upload jugak..baru de masa n rajin nk menekan keyboard la katakan..perggg time ni paling gempak tgk wyg. aku ida lala trus gerak ke sunway after abis keja.meet yang lain di sana (jaja-fafa-mizi-ruhil-yen-dina-mie-fateh) satu group kami pergi mmg happening gilo lah.. belum masuk pawagam lagi dah bermula persidangan kecoh satu sunway tu..nasib g reramai kan leh la buat muka tebal nk kecoh2 pun kalau aku g ng dua tiga kerat jgn arap la nk berkelakuan sebegitu rupa...hehehe.. even kami just tgk versi yang biasa not 3d tapi ni pun dah kira gempak r..penuh siot pgungg hari tu..yang pelik nye selalu jarang group lelaki dtg beramai tapi kali ni mereka yang lagi ramai pada kami...hehehhe...ni aku upload skit la sinosip cita ni tuk org yang beranggapan cita ni buang masa dan tak g tgk kan..hehehe..so layan je..

Director:Nizam Razak
Cast:Izwan,Yong Pin,Balqis
Genre:Family,Children & Animation
Run Time:100mins


Bored with nothing to do for their school holidays, Badrol invites his best friend Lim to go on a camping trip at his old Kampong where he grew up, with intentions to experience some long-forgotten true Malaysian life in his Grandfather’s durian orchard. However their simple holiday trip is cut short by the discovery of a clue that leads them closer to the legend of the mystery house deep in the forest. Together with their newly found friends, Rajoo the animal-whispering boy, Rose the village beauty, and her two mischievous twin brothers, they work together to unravel the secrets surrounding the small Kampong.