titisan air mata penyesalan

Ya Allah Ya Tuhan ku sesungguhnya Kau la Maha Besar lagi Maha Mengetahui diatas semua yang berlaku.


Namun kena dikala ini Kau bukakan pintu hati ku kembali mengigati dia. Apa gunanya lagi ingatan ini terhadap dia? Adakah ini petunjuk dari doa2 ku selama ini?

Ya Allah bukakan lah hati insan itu untuk memaafkan aku. kini baru ku tahu bagaimana seksanya menanggung semua bebanan itu.

Kala ini tika mengimbas kembali kenangan bersama nya terasa sgt indah dan terasa amat bodoh aku melepaskan nya. Ya Allah mungkin aku tidak layak untuk insan sebaik itu tapi perasaan aku padanya tak pernah padam. Namun kerana halangan yang maha hebat aku terpaksa melepaskan dan lebih buruk lagi melukai nya...Aku sakit?? Ya aku sakit, sakit menanggung seksa ini. Tapi apa lagi boleh kubuat selain menitiskan air mata penyesalan.

Dapatkan nya kembali?? Mana mungkin ku mendapatkan nya kembali. Insan sebaik itu hanya layak utk org yg sebaiknya jugak dan sekarang dia sudah berbahagia dgn org yg hebat itu.kenapa perlu lagi aku memikirkan nya....

Mungkin kerna aku sendiri tak melerakan perpisahan itu terjadi...ianya terjadi dlm keterpaksaan.. hanya penyesalan dan kenangan yg menemani ku. Namun harapan dan doaku masih bersama...

"Ya Allah sekiranya dia telah ditakdirkan utk ku, satukan lah kami. Namun sekiranya dia hanyalah persingahan hapuskan lah kenangan dan perasaan ini dr ku". AMIN