the truth

walaupun banyak bait-bait kata yg hendak dikarang, jari-jemari meminta untuk menari, otak berkira-kira utk menyusun kata tp semua itu lebih baik dipendamkan saja dari diluahkan kerana mengetahui hakikat dan kebenaran nya yang satu dalam hidup insan x tidak diundang langsung sebagai seseorg dalam hidup org lain walaupun hanya sekadar sahabat..lebih baik menyendiri dari menjadi bahan yang tidak menyenangkan hidup org lain..terseksa melihat kepuraan mereka berjuang untuk menerima seorg insan x sebagai sahabat di dalam hidup mereka walaupun mereka tidak mengakui nya..hidup dalam terpaksa adalah menyakitkan...

salam...

perasaan ku...

BIBIR,,,
bibir berkata fungsi aku untuk berbicara,
fungsi aku untuk bergelak ketawa,
fungsi aku jugak untuk berkongsi kata dengan sesiapa yang mahu mendengar,
bibir juga berkata gunakan aku semasa berduka,
namun pada aku fungsi bibirku hanya satu untuk diam tidak bersuara,
maafkan aku bibir kerna tidak dapat mengunakan fungsi mu sebaik nya,
kerna aku tidak ada teman berbicara,,,,

MATA,,,,
mata melihat lakonan yang dipertontonkan didepan mata,
mata juga menjadi saksi kepada semua lakonan mereka,
namun mata tidak dapat berbicara hanya dapat diluahkan 
dengan hujanan air mata yang tak terkira,,,

TELINGA,,,
aku mempunyai telinga yang masih baik keadaan nya,
namun mengapa dia diam tidak menjalankan fungsinya,
iaitu mendengar bait2 bicara dari teman2 yang ada??
terasa sepi walaupun ada,
adakah aku layak untuk merasainya,,,

HATI,,,,
hati sering berkata terlalu banyak kekecewaan yang dialami,
terlalu banyak kesakitan yang dirasai,
terasa kosong tanpa dapat diisi walaupun telah dicuba berkali2,
namun semua itu hati terpaksa telan,
hati terpaksa terima,
kerna itu sajalah yang mampu hati lakukan untuk tidak menyakiti hati2 yang lain,,

BADAN,,,
badan sering memberi isyarat terlalu lemah dengan semua dugaan ini,
badan juga selalu memprotes dengan situasi ini dengan berasa
 lemah dan sakit,
namun badan juga seperti hati terpaksa menerima semua itu,
walau  badan tahu akan memakan diri sendiri suatu hari na
nti,,,

JARI,,,,
jari aku memohon maaf padamu kerna kau terpaksa bekerja keras untuk ku,
setiap hari kau menjadi penemanku,
kau yang memberi isyarat 'jangan' pada bibrku setiap kali aku ingin berbicara,
kau yang mengesat air mata ku setiap kali air hangat itu mengalir ke pipi ku,
kau yang menutup telinga aku setiap kali aku mendengar mereka berbicara kerna kau tahu "dirimu" tidak akan diundang dalam perbicaraan itu dan telinga lain tidak ingin mendengar bicara dari bibirmu,
kau yang menadah tangan memohon doa agar hati tenteram dan damai walaupun kesunyian begitu terasa,
kau juga mengubatiku sekiranya badan begitu lemah untuk bergerak,
dan kau juga yang berusaha untuk aku meluahkan apa yang ter
asa dengan mencoretkan nye di sini,
kau memahami semua ini tidak akan terucap oleh bibir yang sempurna itu walau mereka di depan mata..

"TIDAK LAYAK KAH AKU UNTUK MEMPERGUNAKAN PANCAINDERA YANG DIBERIKAN INI DENGAN SEBAIK-BAIKNYA. WAHAI BIBIR2, MATA2 TELINGA2, BADAN2 DAN HATI2 SEKALIAN BERILAH AKU PELUANG UNTUK MERASAI NIKMAT SEMUA INI."

the true,
-lonely-









geng pengembaraan- upin ipin



movie time... even dah lama happy moment ni berlalu tetapi aku ttp nk upload jugak..baru de masa n rajin nk menekan keyboard la katakan..perggg time ni paling gempak tgk wyg. aku ida lala trus gerak ke sunway after abis keja.meet yang lain di sana (jaja-fafa-mizi-ruhil-yen-dina-mie-fateh) satu group kami pergi mmg happening gilo lah.. belum masuk pawagam lagi dah bermula persidangan kecoh satu sunway tu..nasib g reramai kan leh la buat muka tebal nk kecoh2 pun kalau aku g ng dua tiga kerat jgn arap la nk berkelakuan sebegitu rupa...hehehe.. even kami just tgk versi yang biasa not 3d tapi ni pun dah kira gempak r..penuh siot pgungg hari tu..yang pelik nye selalu jarang group lelaki dtg beramai tapi kali ni mereka yang lagi ramai pada kami...hehehhe...ni aku upload skit la sinosip cita ni tuk org yang beranggapan cita ni buang masa dan tak g tgk kan..hehehe..so layan je..

Director:Nizam Razak
Cast:Izwan,Yong Pin,Balqis
Genre:Family,Children & Animation
Run Time:100mins


Bored with nothing to do for their school holidays, Badrol invites his best friend Lim to go on a camping trip at his old Kampong where he grew up, with intentions to experience some long-forgotten true Malaysian life in his Grandfather’s durian orchard. However their simple holiday trip is cut short by the discovery of a clue that leads them closer to the legend of the mystery house deep in the forest. Together with their newly found friends, Rajoo the animal-whispering boy, Rose the village beauty, and her two mischievous twin brothers, they work together to unravel the secrets surrounding the small Kampong.

sejenak d negeri kelahiran ku




WEEDING DAY (SYUKOR & ERMILA)

21 jan 2009
aku bertolak ke sabah untuk attent weding kazen aku d tawau..rombongan dr kedah tp disebabkan aku kerja so aku join dorg d lcct kl. seramai 15org yang g.kira besar gk la rombongan nye.tp yg tak best nye ramai geng vetran je.tarak geng la aku. flight aku depart kul 3 and reach at tawau airport around 6. sampai je kapten fahmi dh siap tunggu tuk bwk kami ke tempat tinggal..
Kami diberikan sebuah rumah dalam kem tentera tawau.. first masuk memang gempak la coz masuk dgn kapten fahmi tak perlu la stop kat guard.. mai time dia tak de arggg masak bebe semua kn stop jalani prosuder keluar masuk.. sempat tinggal situ semalam saja. selepas berpikir ssh untuk keluar masuk maka kami pun pindah ke rumah kakak pengantin perempuan.
Dengan adanya aku join rombongan gi sana dapat jugak la aku belajar serba sedikit adat suku kaum bajau. memang unik giler. mereka penuh dengan adat.sesampai nye kami d sana mlm tu jugak kami dilayan dengan begitu meriah sekali dengan makanan yang disediakan macam lauk pauk hari kenduri dah. kami ni yang datang dengan perut lapar pe lagi balun secukup nye la.dah la makanan yang lain dari semenanjung. masa g situ tak nmpk la plk pengantin perempuan.mencari la jugak..tapi tak jumpa...

22 jan...
bangun seawl jam 4/5 pagi tapi terasa macam kul 8 pagi. cerah betul. tapi
aku ni pa lagi membuta selagi boleh la. boleh dikatakan terbabas gk la. pagi tu ayah aku keluar mencari bfast. bangun ja aku dh melantak roti canai. abis roti sekeping mai pulak budak army antar makanan. tahan tak nk mkn tapi bila tengan sambal merah menyala argggggggggggg ni tak leh jadi ni...kena belasah gk ni...pe lagi balun la... heehehhe.... abis ja bfast semua bersiap tuk kluar g pusing2 pekan tawau...pe g shoping time....rambang mata tul la...abis shoping trus g umah pengantin. makan lagi... gilo nye banyak mknan dorg ni jamu..mampus la perut aku.. tapi kali ni geng ppuan saja yang g sana geng laki pe lagi jumpa laut melepak situ la..siap bwk bok kai lagi... wahahahha phm ka bok kai tu pa..tak pa t ku bgtau..mlm tu dah pindah masuk umah akak mila so tak de xtvt pa kcuali bersembang dan aku pakaikan abg sedara aku inai..(aku pun tumpang gk la)

23 jan....
hari ni hari akad nikah... mengikut adat bugis pengantin lelaki perlu dimandikan sebelum acara akad nikah.. dah tu pulak mandi kul 5pagi lak tu...abg aku diculik awl2 pagi lagi..sayang nya tak dapat tengok upacara tu sbb terlalu awl kami semua pun blum bangun lagi tuk mengikut.. tapi dr cerita abg aku dpt tau gk la mcm mana dilakukan. pengantin lelaki dimandikan dia atas tangga rumah pengantin dengan peralatan2 tertentu.
petang tu bersiap tuk ke majlis akad nikah. byk biji keta gk r g. yang tak best nye last2 keta yg aku naik tingal sebiji ja kat belakang.. siap tak sampai ke masjid n tak dpt saksikan akad nikah. perggg punya la jauh kami sesat. tak tau kemana. siap jumpa kebun kelapa sawit yang besar lagi. dah tak jumpa tu pa g tala p umah pengantin trus la sbb perut dh lapor...sesampai ja mak ai terkejut dengan hidangan yang disediakan.. kueh dorg saja dah berbelas jenis... makannnnnnn tgu lagi... habis majlis trus balik... penat..
24 jan...
Hari-hari yang ditunggu dah tiba hari ni hari persandingan...ni tuk sapa2 yang jodoh dia ng org kaum bugis so bersiap sedia dengan stamina yang kuat ok... dorg mmg kaya dengan adat yang menarik.. kalu di semenanjung kita bersanding 2 jam saja tapi di sana pengantik akan duduk atas pelamin dari jam 9pagi samapai 12mlm. rest time dua kali. time zohor dan maghrib.. setiap kali rest akan tukar persalinan.. so korg leh bilang la bopa pasang.. kalauu tak silap aku 4pasng rasanya.. pagi tu majlis biasa saja mkn2. pengantin akan layan tetamu yang datang bersalam. kami d sna sampai tengah hari saja. pas tu pa g lari bershoping la. mlm t baru datang balik.
lepas pusing2 kat pekan tawau kami semua lepak tepi laut.. yang tak leh bla nye siap bukak daun palas tuk buat ketupat lagi kat situ. apa lagi kami ni jadi bahan tengok org la. semua dtg tny buat pa tuk pa la daun apa la... da tu siap amik bwk balik lagi...heheh... hari dh lewat kami singgah kem tuk masak pulut ketupat..tapi sbb masa suntuk tak dapat masak abis.. tinggalkan pada army2 tu.. masa kat kem tu sembat gk la kami masuk melawat bilik rehat tuk pegawai2 tentera tu... mcm2 benda dpt tgk.. yang menarik minat aku pedang ni la....



malam tu semua pakat bergegas siap tuk ke rumah pengantin semula. tapi memandangkan semua dah penat so bopa orang saja ja la g.. ayah aku tak terdaya lagi dah.. kena gaut la plak. kami ingat malam majlis biasa la.. tapi bila sampai sana mak ko lagi meriah dengan mentara pakai sedondon, family pengantik pakai cantik2. nasib la kami p beli baju tuk mlm ni kalu mai pkai baju besa ala wat malu muka cheq ni.. pukul 8mlm bermula la majlis merenjis.. selepas abis majlis merenjis pengantik tukar pakaian tuk majlis potong kek pulak..memang meriah abis la..makanan tak yah cita la...mati sbb mkn ja..huk2 pas majlis poteng kek trus kami mintak izin balik..sbb dah mmg letih giler dah.. nk balik kemas barang lagi coz kul 4pagi akan bergerak ke k.kinabalu..

25 jan...
bergerak ke k.kinabalu denganvan yang disewa ayah aku..perg perjalanan 13jam tu..dah la sempit sbb terlebih dengan barang2 aku terpaksa duduk di celah2 dengan beralaskn beg..tapi layan gk la..sepanjang perjalan singgah di beluran tempat lahir aku, murah rezeki kami kwn ayh aku bg udang galah byk giler...then jumpa ng member x-unitar di sana. sepanjang perjalan stop d tempat ikan kelah.tempat yang menarik mcm tempat terapi ikan tu.. tapi ni lagi real sbb dlm sungai betul n boleh bagi mkn lagi. tempat lain yg dilawat poring, taman kinabalu, dan umah nenek aku..hanya da uncle aku saja time tu...sayang nya tak sempat singgah di kundasang sbb ujan.cuaca teralu sejuk dan kabus tebal....nyaman ja..samapi kk trus wat bbq

26 jan...
pagi ni akan pusing2 k.kinabalu. ayah ku sewa van so senang la nk bergerak kemana saja. tapi sayang tul tak byk tempat kami g. sempat g kerambunai saja. ni semua gara2 shoping punya pasai..shoping di pasar filipine dekat 5 jam.sambung shoping d one borneo pulak pas tu..balik semua dah penat..lunch pun kul 6ptg dh. pas shoping trus balik umah auntie agnes. sampai tak sempat nk melabuhkan punggung ni dah kn drive ke umah auntie nonog lak.ambik beg.huk2 first time dri d kk dengan bwk avanza 7org lk tu...

27 jan...
sayonara sabah.. time to balik ke semenanjung semula..sedih gk la nk tinggal nenek,auntie,uncle n kazen2 aku. but have too la. dan yang paling tak best nye bilo pk keesokan ari nye kn melenggung dpn PC semual.berbalik ke aktiviti harian kerja la pa g...bosan dohhhhhhhh....

note (bok kai tu joran la....)